Sulaiman bin Daud adalah satu-satunya
Nabi yang memperoleh keistimewaan dari Allah SWT sehingga bisa memahami
bahasa binatang. Dia bisa bicara dengan burung Hud Hud dan juga boleh
memahami bahasa semut. Dalam Al-Quran surah An Naml, ayat 18-26 adalah
contoh dari sebahagian ayat yang menceritakan akan keistimewaan Nabi
yang sangat kaya raya ini. Firman Allah, Dan Sulaiman telah mewarisi
Daud dan dia berkata, hai manusia, kami telah diberi pengertian tentang
suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya [semua] ini
benar-benar suatu karunia yang nyata.
Dan dihimpunkan untuk Sulaiman
tentaranya dari jin, manusia dan burung, lalu mereka itu diatur dengan
tertib [dalam barisan] sehingga apabila mereka sampai di lembah semut
berkatalah seekor semut, hai semut-semut, masuklah ke dalam
sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya,
sedangkan mereka tidak menyadari.
Maka Nabi Sulaiman tersenyum dengan
tertawa kerana mendengar perkataan semut itu. Katanya, Ya Rabbi,
limpahkan kepadaku karunia untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau
anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku; karuniakan padaku
hingga boleh mengerjakan amal soleh yang Engkau ridhai; dan masukkan aku
dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh.
[An-Naml: 16-19]
Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu
hari Nabi Sulaiman as bertanya kepada seekor semut, Wahai semut! Berapa
banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam waktu satu tahun?
Sebesar biji gandum, jawabnya.
Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut
sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap satu
tahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun,
didapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum itu. Mengapa
engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya? tanya Nabi
Sulaiman. Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah, jawab si
semut. Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa Dia tidak akan
melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah
engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh
memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Kerana
itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya.
Nabi Sulaiman, walaupun ia sangat kaya
raya, namun kekayaannya adalah nisbi dan terbatas. Yang Maha Kaya secara
mutlak hanyalah Allah SWT semata-mata. Nabi Sulaiman, meskipun sangat
baik dan kasih, namun yang Maha Baik dan Maha Kasih dari seluruh
pengasih hanyalah Allah SWT semata. Dalam diri Nabi Sulaiman tersimpan
sifat terbatas dan kenisbian yang tidak dapat dipisahkan; sementara
dalam Zat Allah sifat mutlak dan absolut.
Bagaimanapun kayanya Nabi Sulaiman, dia
tetap manusia biasa yang tidak boleh sepenuhnya dijadikan tempat
bergantung. Bagaimana kasihnya Nabi Sulaiman, dia adalah manusia biasa
yang menyimpan kedaifan-kedaifannya tersendiri. Hal itu diketahui oleh
semut Nabi Sulaiman. Kerana itu, dia masih tidak percaya kepada janji
Nabi Sulaiman ke atasnya. Bukan kerana khuatir Nabi Sulaiman akan ingkar
janji, namun khuatir Nabi Sulaiman tidak mampu memenuhinya lantaran
sifat manusiawinya. Tawakal atau berpasrah diri bulat-bulat hanyalah
kepada Allah SWT semata, bukan kepada manusia.
0 comments:
Post a Comment